Konsep Operasi Tambah
Terdapat empat operasi aritmetik iaitu operasi tambah ( +), operasi tolak (-), operasi darab (×) dan operasi bahagi (÷). Murid akan belajar membilang dan ini telah mendedahkan kepada murid tentang operasi tambah. Operasi tambah merupakan operasi pertama yang dipelajari oleh murid. Manakala murid diperkenalkan operasi tolak setelah mereka dapat melakukan operasi tambah. Murid juga akan mempelajari operasi darab setelah mereka mahir dalam operasi tambah. Operasi bahagi ialah operasi yang lebih susah daripada operasi tambah, tolak dan darab.
Sebelum murid mula diperkenalkan dengan operasi tambah, murid-murid sepatutnya telah menguasai kemahiran-kemahiran, contohnya:
-
membilang hingga 10
-
menyusun kumpulan benda sehingga 10
-
membaca dan menulis angka 1-10
-
memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan nombor
-
mengenal simbol ’0’ dan perkataan nombor ’sifar’ dan memahami maknanya
-
memahami konsep keabadian nombor.
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor yang ketiga iaitu jumlah atau hasil tambah. Sebagai contoh operasi tambah, 12 + 5 = 17.
Terdapat dua bentuk operasi tambah. Yang pertama adalah ayat matematik :
12 + 5 = 17
​
Manakala yang kedua adalah bentuk lazim :
Bentuk Lazim
Penyatuan set - Penambahan nombor bulat adalah berkaitan dengan satu set kumpulan objek dengan satu set kumpulan objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan. Proses keseluruhan untuk menentukan nombor yang dinamakan sebagai operasi tambah dengan simbol (+).
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor yang ketiga iaitu jumlah atau hasil tambah. Sebagai contoh operasi tambah, 3 + 4 = 7.Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan untuk memahami konsep penambahan iaitu:
Pengukuran pada garis nombor - Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak di antara titik pada garis bernilai 1.